Seramai 3 orang Pegawai Khas Dadah dari PPD daerah negeri Pahang telah menjalankan pemantauan Bilik Sumber PPDa negeri Pahang. Rombongan telah diketua oleh En Suhairi telah disambut dengan meriah oleh warga SKBTR.
Saturday, 20 July 2013
Bilik PPDa SKBTR No.3 Peringkat Negeri Pahang 2013
Pada 07 Mac 2013, Bilik Sumber PPDa SKBTR telah dinilai dan dipantau bagi ke pertandingan peringkat negeri. Dua orang Pegawai Khas Dadah (PKD) dari Temerloh dan Bentong telah hadir bagi menilai bilik sumber tersebut.
Pada 30 Oktober 2012, Guru Besar, En Azri bin Adnan bersama dengan guru penyelaras PPDa SKBTR telah membuat satu lawatan ringkas ke SK Leban Condong untuk melihat Bilik Sumber PPDa SK Leban Condong. Lawatan ini adalah bertujuan untuk berkonsi maklumat serta idea tentang PPDa. Lawatan ini juga adalah sebagai persediaan awal PPDa SKBTR untuk ke pertandingan peringkat negeri pada tahun 2013.
Tanggal 30 Oktober 2012, PPDa SK Bandar Tun Razak telah dinobatkan sebagai JOHAN Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Peringkat Daerah Rompin bagi tahun 2012. Majlis itu telah diadakan di SK Sungai Puteri. Di majlis yang sama juga, SK Bandar Tun Razak sekali lagi dinobatkan sebagai JOHAN Pertandinga Kecerian Tandas Peringkat Daerah Rompin. TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA WARGA SKBTR.