Saturday 3 November 2012

Lawatan Bermaklumat Ke SK Leban Condong

Pada 30 Oktober 2012, Guru Besar, En Azri bin Adnan bersama dengan guru penyelaras PPDa SKBTR telah membuat satu lawatan ringkas ke SK Leban Condong untuk melihat Bilik Sumber PPDa SK Leban Condong. Lawatan ini adalah bertujuan untuk berkonsi maklumat serta idea tentang PPDa. Lawatan ini juga adalah sebagai persediaan awal PPDa SKBTR untuk ke pertandingan peringkat negeri pada tahun 2013.







ANUGERAH PERINGKAT DAERAH ROMPIN

Tanggal 30 Oktober 2012, PPDa SK Bandar Tun Razak telah dinobatkan sebagai JOHAN Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Peringkat Daerah Rompin bagi tahun 2012. Majlis itu telah diadakan di SK Sungai Puteri. Di majlis yang sama juga, SK Bandar Tun Razak sekali lagi dinobatkan sebagai JOHAN Pertandinga Kecerian Tandas Peringkat Daerah Rompin. TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA WARGA SKBTR.








Thursday 1 November 2012

KeBAd 2.0

KEMBARA BERBASIKAL ANTIDADAH 2.0 (KeBAd 2.0)

Tarikh   : 6 Oktober 2012
Tempat  : SKBTR, JKJR, JPAM, KLINIK BTR, MASJID AN NUR & SK KERATONG 3

Kerjasama : AADK, PEMADAM, BANK RAKYAT, MAYBANK, ATE, JKKR KERATONG 2,        RELA KERATONG 2, KELAB BASIKAL SANTAI, PIBG, PMIT DAN LAIN-LAIN.

Program ini bertujuan:


a)    Mengukuhkan tali silaturahim dengan masyarakat luar dan sekeliling sekolah.
b) Memperkembangkan pengetahuan, pemahaman, dan kemahiran pelajar khasnya supaya dapat mengelakkan diri dari terjebak dengan dadah dan jenayah amnya.
c)    Menghayati dan mengamalkan budaya positif di kalangan pelajar.
d)   Membina ketahanan diri yang tinggi di kalangan pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dari segi mental, fizikal dan spiritual.
e)   Menggalakkan penglibatan serta mewujudkan permuafakatan sekolah dengan masyarakat luar dalam usaha bersama mencegah najis dadah dan jenayah.
f)   Memupuk gaya hidup yang sihat di kalangan pelajar melalui aktiviti bersukan



Warna-warni
Penaja KeBAd 2.0

6 Stesen Perhentian

Ayah & Anak




Tenaga Penggerak KeBAd 2.0

















Lawatan ke JKKR Keratong 2
Sesi Latihan

Marshall yang prihatin...Tahniah Cikgu Raihan





Taklimat Keselamatan Jalan Raya-JKJR Pahang
Jamuan Makan



Lawatan ke Pondok RELA Keratong 2
Taklimat Kecemasan -JPAM ROMPIN

   






About Me

My photo
Rompin, Pahang, Malaysia

PUZZLE PPDa